
KL, 12 JULAI 2013: Murai Batu sebenarnya suka sangat dengar Carta Era 40 yang dikendalilkan oleh Pak Nil atau Aznil Hj Nawawi iaitu segmen di Era FM yang berkumandang setiap hari Sabtu jam 12 tengah hari. Tapi selepas agak sibuk dengan kerja sejak beberapa minggu lalu, Murai Batu selalu terlepas untuk mendengar segmen tersebut.
Tapi, pada Ahad minggu lalu ketika Murai Batu isi minyak kereta di sebuah stesen minyak, Murai Batu terdengar stesen tersebut memasang radio Era FM dan kebetulan ketika itu segmen yang sedang berkumandang adalah siaran ulangan untuk segmen Carta Era 40. Namun, yang peliknya bukan suara Pak Nil yang berkumandang tetapi Nabil Raja Lawak yang mengendalikan segmen tersebut.
Murai Batu pun tertanya-tanya mana pergi Pak Nil? Bukankah dia yang selama ini sudah beberapa tahun mengendalikan segmen itu. Pada mulanya, Murai Batu ingatkan Nabil hanya menggantikan tempat Pak Nil untuk sementara sahaja kerana mungkin Pak Nil ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimana pun, sangkaan Murai Batu itu salah kerana bila Murai Batu buka website Era FM untuk mendengar kembali lagu-lagu yang berada di carta tersebut, Murai Batu nampak wajah Nabil yang terpampang di dalam segmen Carta Era 40 dan bukan lagi Pak Nil.
Wah, nampaknya Nabil bukan sahaja menggantikannya untuk sementara waktu, sebaliknya dia kini kekal dalam segmen tersebut. Maknaya Pak Nil tidak lagilah berkumandang di segmen tersebut dan sekaligus meninggalkan Era FM?
Abes itu, mana Pak Nil pergi? Murai Batu rasa kekok pula bila dengar Nabil yang mengendalikan program tersebut. Yelah selalu Murai Batu dengar keletah Pak Nil yang lucu itu. Tapi, tak mengapalah, mungkin Murai Batu harus bagi peluang kepada Nabil untuk buktikan dia juga boleh mengendalikan program tersebut.
Malah, pihak pengurusan pasti ada alasan yang kukuh mengapa Nabil layak menggantikan Pak Nil. Tetapi bagi Murai Batu, tiada siapa yang boleh menggantikan Pak Nil kerana dia punya caranya yang tersendiri.
MURAIBATU: Tak pelah, apa-apa pun, Murai Batu memang pendengar setia radio Era FM, lebih-lebih lagi untuk segmen tersebut.
1 comment:
hi herdayu..nice blog too :)
Post a Comment