Tuesday, March 10, 2015

Cara hilangkan Resdung

Assalammualaikum semua, pagi ni nak sharekan apa itu resdung, punca dan cara atasinya.Jom sama-sama kita ketahuinya.


Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata, “Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda seperti hidung tersumbat, berhingus, sakit muka, kurang deria bau, sakit kepala, bau busuk dalam hidung dan demam.
“Jika ada yang mengalami tanda seperti itu perlu membuat pemeriksaan segera kerana hidung perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui punca resdung terjadi, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan,” katanya.


 Punca Resdung
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Sakit Ke Resdung (Sinusitis) Ni?
Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di bahagian atas rahang (pipi) Contohnya sakit gigi, sakit kepala
Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di dalam rongga sinus frontal (terletak di atas mata), contohnya sakit kepala.
Boleh menyebabkan rasa sakit atau sakit tekanan antara / di belakang mata dan sakit kepala
Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di belakang mata, tetapi selalunya merujuk kepada mercu, atas atau di kepala.




Ada yang nak rawat/hindarkan resdung?Jom pm saya sekarang /0193059136 /SID:908097

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...